20140923

BERKAYAK & BERSANTAI DI TASIK KUNDANG.


Tasik Biru Kundang adalah sebuah tasik yang cantik terletak berdekatan Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang, Selangor. Tasik ini unik kerana mempunyai sebuah pulau di tengah-tengah. Saya pernah dengar pelbagai cerita mengenai tasik Kundang seperti kedalamannya bagaikan apartment 17 tingkat, pulaunya berhantu, ada ikan patin sebesar kereta kancil dan lain-lain. Betul tak betul saya malas komen. Namun biasalah, masyarakat dan kisah dogeng sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Mengikut sejarahnya, tasik Kundang adalah bekas lombong. Ia telah menagih banyak nyawa dek kedalamannya. Namun ada sesetengah kawasan agak cetek dan menjadi tempat orang bermandi-manda serta berkelah di hujung minggu.

Ini pertama kali saya datang ke tasik Kundang untuk berkayak. Sebelum ini pernah lalu sahaja. Tidak pernah singgah. Kawasan tasik Kundang pada hari ini agak lengang. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari dan matahari betul-betul menganas.  Saya terpaksa membasahkan kepala berkali-kali bagi mengelakkan heat-stroke. 

Seperti biasa saya berseorangan bersama 'girlfriend' baru saya, Laura (nama yang diberi kepada kayak inflatable K2 Explorer). Saya juga membawa bersama paddle Tribord (KT100) untuk pertama kalinya. Dalam 10 minit, Laura telah siap untuk berlayar.

Mengepam inflatable kayak adalah satu senaman :p
Isn't she beautiful
Saya bercadang untuk bersantai di pulau tasik Kundang disamping berteduh dari kepanasan matahari. Saya mengelilingi pulau tersebut untuk mencari port yang paling strategik untuk memasang flysheet. Kriteria 'port' yang saya cari mestilah cantik, ohsem untuk berenang/mandi-manda dan tidak menghadap kawasan orang berkelah. Saya mahukan privacy.

Pencarian 'port baik punya' bermula.
Port ini memang menarik sebab daun-daun pokok berjurai hingga ke permukaan air berbentuk kanopi.
Daun-daun pokok menjadi atap kanopi. (Gambar ini saya ambil sebelah petang)
Sayangnya port ini dipenuhi rumpai air. Cantik tetapi agak 'seram' untuk berenang.
Akhirnya saya memilih satu kawasan yang saya kira menarik untuk bersantai. Airnya jernih dan mempunyai kawasan landai untuk saya membentangkan groundsheet.

Air jernih. Tiada rumpai air.

Cetek di tebing. Tidak menghadap kawasan orang berkelah.
Lupa nak bagitahu. Trip ini adalah trip survey kawasan. Saya tidak bercadang untuk bermalam disini. Mungkin trip akan datang saya akan bermalam. Oleh itu, saya hanya membina tempat berteduh yang sangat basic tanpa menggunakan walau seutas tali.

Mahligai sementara hamba. Wife kata ini macam khemah seludup pendatang asing. Erk..
Flysheet disangkut pada ranting pokok.
Paddle jadi tempat sidai baju. Takpe. Warranty 2 tahun. hehe
Laura diikat pada sebatang kayu.
Usai sahaja membina tempat berteduh, saya segera terjun ke tasik untuk menyejukkan badan. Tasik ini sukar diduga. Ada tempat yang sangat cetek dan tiba-tiba terus dalam hingga melepasi kepala. Dinasihati sentiasa berhati-hati jika ingin berenang di sini.

Pukul 2.30 petang, perut mula bernyanyi lagu keroncong. Saya telah membeli nasi bungkus di sebuah warung Sg. Buloh sewaktu menuju ke mari. Makan sewaktu berekspedisi sememangnya lebih menyelerakan dari biasa. Apatah lagi semasa sedang lapar.

Nasi putih berlauk sambal udang, ayam gulai rempah dan sayur peria.
Matahari memang terik. Tetapi sesekali angin nyaman bertiup membuatkan rasa mengantuk. Disebabkan tasik Kundang bukan tempat terpencil, maka tiada masalah untuk ber'online. Sambil bersantai boleh berwhatsapp dan berfacebook tanpa gangguan talian.

Dalam pukul 4.30 petang, matahari mula redup. Saya membayangkan alangkah ohsem jika dapat menikmati teh panas sambil mengunyah biskut diwaktu sebegitu. Segera saya menjerang air untuk membuat teh panas 3-in-1. Setelah air mendidih baru perasan beg yang disi teh/kopi tertinggal di rumah. Aduhai. Kecewa tidak terkata.

Apa boleh buat. Makan biskut cicah air kosong sahaja lah.
Bag hammock dibuat bantal.
Sebenarnya trip ini bukan trip berkayak. Ia lebih kepada bersantai sambil refresh minda yang letih akibat kerja. Saya tidak sempat meneroka pulau tersebut. Saya hanya bersantai di 'mahligai sementara' saya itu hingga ke petang. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan berbaring-baring.

Sewaktu berbaring itulah saya mendengar bunyi daun-daun pokok yang menutupi tanah berderap-derap bagai dipijak orang berjalan dari arah belakang. Bila saya mengintai di sebalik flysheet, tidak pula nampak sesiapa. Jenguk-jenguk baru ternampak seekor biawak besar merangkak tidak beberapa jauh dari kedudukan saya. Apabila biawak itu sedar kehadiran saya, segera ia memecut melarikan diri. Tidak sempat untuk saya merakam aksinya.

Pukul 5.30 petang saya bersiap-siap mengemas untuk pulang. Saya pastikan tiada sampah tertinggal di situ. Cintai alam sekitar. Jangan tinggalkan apa-apa kecuali tapak kaki. Saya berkayak sekejap sekitar tasik dan kemudian terus menuju ke daratan.



PS: Dalam trip pendek ini saya dapati udara di dalam kayak inflatable mengembang apabila terdedah kepada cahaya matahari yang panas. Jadi jangan terlebih pam sewaktu cuaca panas. Apabila cuaca sejuk, udara mengecut menjadikan kayak kelihatan kurang udara.

Dan paling tragis, skeg Laura (sirip di bawah kayak) telah hilang entah kemana ditelan tasik Kundang. Huhu. Redha je lah..
  

9 comments:

  1. aku rase skeg ko itu tercabut dimakan ikan patin sebesar kancil tu. ngeh ngeh.

    Tiba2 bulu roma aku menremang.

    ReplyDelete
  2. Asslm bro. Aku tinggal dekat dgn tasik kundang. Tahun lepas 2 org mati lemas kat situ. Mayat tengelam bro. Bomba kena selam cari. Nasib baik jumpa mayat lepas berjam-jam. Al-fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya pernah terbaca pasal tragedi tu. Al-fatihah buat mangsa.

      Delete
  3. I baru je baca blog Kifli Mally main jet ski kat tasik tu. (^_^)

    http://www.kiflimally.com/2014/05/kifli-mally-test-jetski-terbaru-sea-doo.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tasik kundang memang tumpuan pemain jetski pada hujung minggu :)

      Delete
  4. Tak takut ke camping sorg2 ni en attholib? Pernah gak dengar cerita seram pasal pulau kt kundang tu. Masa sekolah dulu le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah.. Cerita macam tu cepat tersebar. Kesahihannya kita pun tak tahu :)

      Delete
  5. Rasa-rasa ada org memancing tak kt tasik nih?

    ReplyDelete