20140705

BAGAIMANA MEMILIH KAYAK SIT ON TOP.


Kayak sit on top adalah satu revolusi dari kayak tradisional (sit in). Kayak ini jenis terbuka (tanpa deck) bermaksud ia tidak memerlukan kemahiran gulungan bila kayak terbalik dan tidak perlu memakai spray skirt. Kelebihan utama kayak jenis ini adalah air tidak bertakung dan amat mudah bagi anda untuk masuk semula ke atas kayak jika terjatuh ke dalam air.

Bagaimana memilih kayak sit on top yang sesuai untuk anda?

Antara perkara yang perlu anda fikirkan adalah bentuk kayak, solo atau berdua (tandem), muatan barangan, berat dan saiz, serta kos.

BENTUK KAYAK.
Bentuk kayak amat penting. Tanya diri sendiri anda mahukan kelajuan? kestabilan? mudah untuk membelok? kayak sit on top saiz panjang? pendek?. Itu semua memainkan peranan bagi mendapat kepuasan maksima dalam berkayak.

Secara kebiasaannya, kayak sit on top yang panjang lebih laju namun lebih sukar untuk membelok. Begitu juga sebaliknya, kayak pendek lebih mudah membelok namun kurang dari segi kelajuan dan kemampuan memotong air.

Kayak yang lebar lebih stabil namun kurang laju berbanding kayak yang kurang lebar. Kayak yang lebar sesuai bagi pemancing kerana ia stabil dan luas.
 Ciri 'rocker' juga memainkan peranan. Rocker bermaksud bentuk kecondongan bow dan stern. Jika lihat dari sisi, hull kayak yang lebih rocker kelihatan seperti pisang dan kayak yang kurang rocker kelihatan seperti sebatang kayu lurus. Lebih rocker bermaksud mudah membelok tapi kurang daya membelah air (tracking), begitu juga sebaliknya. Kurang rocker membuatkan kayak anda mudah untuk dayungan lurus, tapi berat untuk membelok. Mana satu yang lebih baik? Terpulang kepada citarasa anda. Saya lebih suka menggunakan kayak yang mempunyai rocker sederhana, tidak terlampau atau terlalu kurang


KAYAK SOLO ATAU BERPASANGAN?
Jika anda mempunyai pasangan atau rakan yang gemar berkayak, kayak tandem (2 tempat duduk) adalah terbaik. Jika tidak, kayak solo (1 tempat duduk) adalah pilihan tepat. Bagi saya, sebagai pengemar aktiviti kayak, kayak solo adalah wajib. hehe. Kayak tandem boleh dikendalikan seorang sebenarnya, cuma berat sedikit kerana anda tidak duduk ditengah-tengah seperti mana kayak solo.

MUATAN BARANGAN.
Jika anda ingin berkayak ekspedisi yang perlu bermalam, keluasan kargo kayak perlulah diambil kira. Memang ohsem jika dapat membawa semua kelengkapan ekspedisi dalam satu kayak. Selalunya kayak memancing sit on top mempunyai muatan yang luas. Jika anda sekadar ingin beriadah tanpa bermalam, muatan kayak bukanlah suatu faktor penting.

BERAT DAN SAIZ.
Pendayung sering terlepas pandang perkara ini semasa membeli kayak. Jika anda sentiasa berkayak berdua atau lebih, anda tidak perlu risau bagaimana untuk mengangkat kayak ke atas bumbung kereta. Namun jika anda sering kayak bersorangan, ini faktor yang perlu diambil kira. Memang tidak terasa berat kayak apabila berada di atas air, namun di darat berbeza. Apatah lagi jika anda tinggal di apartmen. Bayangkan anda mengangkat kayak dari kereta ke rumah anda menggunakan lift atau tangga. Memang horror. Malah ia boleh memberi kesan pada pinggang jika beratnya itu melampaui kemampuan anda.

Tempat untuk menyimpan kayak juga perlu anda fikirkan. Semakin besar dan panjang sesebuah kayak, semakin luas ruang yang diperlukan untuk menyimpannya. Jika anda mempunyai ruang simpanan yang sempit, anda boleh buat rak kayak pada dinding. Atau anda boleh pilih kayak yang bersaiz kecil, atau anda boleh dapatkan kayak jenis foldable atau inflatable.

KOS
Kayak Sit On Top mempunyai pelbagai jenama dan rekabentuk. Oleh itu ia mempunyai perlbagai harga mengikut spesifikasi tersebut. Jika anda mengemari sesebuah kayak namun ia melampaui budget anda, apa kata beli kayak yang murah sedikit sebagai permulaan. Yang penting anda dapat mendayung tanpa berlengah. Ia lebih baik dari tidak mendayung langsung dengan alasan budget. Jika ada rezeki, anda boleh upgrade ke kayak yang lebih power di kemudian hari.

20140704

SUPER KAYAK VS TOM CAT.


Ini memang OHSEM! Apabila kayak dipasang engin, berlumba dengan pacuan 4 roda di kawasan berais, maka jadilah perlumbaan epik yang sangat ohsem.

20140703

YOU WILL NEVER KNOW UNLESS..


"If you’re always trying to be normal, you’ll never know how amazing you can be."

Maya Angelou (via glamour)



20140702

BAGAIMANA MEMILIH KAYAK TERBAIK BUAT DIRI SENDIRI?


Ini adalah suatu soalan asas bagi paddler yang ingin membeli kayak buat pertama kali. Untuk menjawab soalan ini, kita perlu bertanya soalan susulan: 

Untuk apa anda berkayak? Dimana anda ingin berkayak?
Di mana-mana bukan? Saya begitu juga! Malangnya kita perlu lebih specific dalam jawapan kita. Kayak ada pelbagai jenis, dicipta mengikut tujuan dan lokasi ianya digunakan. Buat masa sekarang, tiada kayak yang begitu versatile yang sesuai untuk semua kondisi air seperti tasik, arus deras, dan lautan. Oleh kerana itu, ramai paddler (pendayung) mempunyai beberapa jenis kayak dalam simpanan mereka.

Jika anda baru sahaja berjinak-jinak dalam aktiviti air ini, anda bolehlah memilih kayak rekreasi. Ianya sesuai untuk kayuhan santai di tasik ataupun sungai yang tenang. Jika anda seorang pemancing, anda boleh dapatkan kayak yang mempunyai ciri-ciri tambahan khusus untuk memancing (contohnya, pemegang rod). Walau bagaimanapun, jika anda bercadang berekspedisi lebih dari sehari, maka anda perlu cari kayak yang mempunyai tempat simpanan barang yang besar. Jika anda ingin meneroka ke lautan luas dengan kayak, maka kayak laut adalah kayak yang paling sesuai. Baiklah, mari kita teliti jenis-jenis kayak ini secara terperinci.


KAYAK LAUT.
Ianya paling sesuai untuk ekspedisi di laut. Ia lebih panjang dari kayak rekreasi dan mempunyai kapasiti simpanan yang lebih besar. Bentuknya yang panjang memudahkan ia memotong arus terutama ombak lautan. Kapasitinya yang luas membolehkan pendayung membawa lebih muatan bagi tujuan perkhemahan yang memakan masa lebih dari sehari. Atas ciri-ciri ini, kayak laut juga sesuai untuk tujuan ekspedisi di sungai atau tasik. Saiz kayak laut selalunya mencecah 16 kaki. Jika kecil dari itu selalunya ia jatuh ke kategori kayak touring atau kayak rekreasi.


KAYAK TOURING / EKSPEDISI.
Walaupun ramai orang menyamakan kayak touring dengan kayak laut, namun ianya mempunyai sedikit perbezaan. Kayak laut sememangnya boleh digunakan untuk touring/ekspedisi. Tetapi bukan semua kayak touring/ekspedisi sesuai untuk digunakan di laut. Boleh faham? hehe

Panjang kayak touring selalunya dalam 12-15 kaki. Ianya mempunyai kapasiti barang sekurang-kurangnya cukup untuk ekspedisi 1-2 hari. Jika ia tidak mempunyai tempat simpanan barang, ia bukanlah sejenis kayak touring.


KAYAK REKREASI.
Jika anda tidak merancang meredah lautan atau melakukan apa-apa ekspedisi bermalam, maka kayak rekreasi sangat sesuai. Ianya pendek sedikit dari kayak touring (mungkin sama panjang bergantung kepada jenama). Sifat utama yang dikongsi oleh semua kayak rekreasi adalah kestabilan. Secara umumnya, kayak jenis ini paling stabil berbanding kayak-kayak jenis lain. Malah ada kayak rekreasi yang begitu stabil sehingga membolehkan pendayung untuk berdiri di dalam kayak tanpa masalah.

Rata-rata kayak rekreasi lebih perlahan berbanding kayak touring dan kayak laut. Namun kenalah dengan namanya, kayak rekreasi adalah untuk beriadah santai di air yang tenang.

Saya di Royal Belum dengan kayak jenis Sit On Top.

KAYAK SIT ON TOP. 
Kayak jenis ini tidak mempunyai cockpit seperti kayak tradisional. Pendayung hanya perlu duduk diatas kayak seperti duduk diatas tikar (sila lihat imej di atas). Untuk menggunakan kayak Sit On Top, anda tidak perlu tahu teknik eskimo roll (teknik gulingan jika kayak terbalik), malah anda tidak perlu memakai spray skirt. Lantaran itu kayak jenis ini menjadi semakin popular di Malaysia. Kayak Sit On Top selalunya mempunyai lubang-lubang yang menjadikan air tidak bertakung dan keluar sendiri (self-bailing). Ianya satu kelebihan yang utama kayak jenis ini. Cuma anda akan berkeadaan lebih basah sepanjang perjalanan berbanding kayak tradisional lantaran lubang-lubang air tersebut.

Ada yang mengatakan kayak jenis ini jatuh dalam kategori kayak rekreasi. Namun saya pernah melihat pendayung menggunakan kayak ini untuk touring beberapa hari malah untuk meredah lautan. Saya sendiri selesa menggunakan ia untuk ekspedisi bermalam.

Kayak jenis ini juga popular bagi kaki pancing. Ada yang dibuat khas untuk pemancing dengan accessories seperti pemegang rod, bekas umpan, dan lain-lain.


KAYAK ANGIN (INFLATABLE)
Kayak jenis ini seakan pelampung kerana ia perlu dipam angin sebelum digunakan. Mudah untuk dibawa dan disimpan adalah manfaat utama kayak inflatable. Jika anda tidak mempunyai ruang untuk menyimpan kayak biasa, kayak inflatable amat sesuai kerana ia boleh dikempiskan dan dimasukkan ke dalam beg penyimpanan sebelum disimpan dalam almari/stor. Dahulu kayak sebegini dianggap sebagai kayak mainan. Namun sekarang dengan pembuatan menggunakan teknologi terkini, kayak inflatable menjadi kayak yang tahan lasak sesuai untuk pelbagai aktiviti.


KAYAK ARUS DERAS / WHITE-WATER

Kayak arus deras adalah satu sukan kayak yang mempunyai banyak sub-kategori seperti creek-boat, rodeo-boat dan lain-lain. Kayak arus deras rata-ratanya pendek dari kayak biasa. Untuk berkayak di arus deras, ilmu membaca jeram dan aspek-aspek keselamatan arus deras perlulah dikuasai terlebih dahulu. Saya tidak dapat komen banyak kerana saya sendiri belum betul-betul mendalami sukan arus deras ini.

20140701

KAYAK CAMPING YANG OHSEM.


Memang ohsem kalau dapat kayak camping macam ni. Pemandangan pula memang spectacular. Konfim tidur nyenyak dalam hammock. Meleleh air liur. hehe

20140630

ANATOMI KAYAK

Mengetahui anatomi kayak secara kasar amat membantu bagi mereka yang baru mencuba aktiviti ini. Ianya memudahkan kita berkomunikasi dengan rakan pendayung yang lain terutamanya dalam sesuatu ekspedisi. Sebagai contoh jika rakan meminta ikatkan 'bow' kayak, kita tahu 'bow' itu adalah bahagian hadapan kayak. Dalam kursus Star 1 Award, anatomi kayak adalah salah satu topik yang diajar dan dimasukkan ke dalam ujian bertulis.

http://1.bp.blogspot.com/-cgjcpjYhc18/U7TFVxzScmI/AAAAAAAAByA/UWS3-bWh4X8/s1600/kayak_features800.jpg 
Sila klik pada imej untuk zoom.

ANATOMI & FUNGSI:

Bow dan Stern (Haluan dan Buritan)
Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak berbentuk tajam dan bulat. Bow dalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini bnoleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik. Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.

Hull
Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.

Deck (Geladak Atas)
Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck. Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stem. Kegunaannya ialah untuk memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing.

Toggles
Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggle terbahagi dua iaitu toggles yang tenditi daripada tali yang dilkat pada sejenis pepegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. la lebih selamat dan selesa digunakan. Eng loops pula terdiri dari seutas gelungan tali yang tertetak dihujung bow dan stem, la murah dan mudah disediakan tertapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop kayak yang terperangkap dalam pusaran air boleh mencederakan tangan anda.

Cockpit
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.

Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart (mempunyai saiz yang tetap), tempat duduk sederhana (untuk kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat duduk boleh laras. Tempat duduk yang tlnggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendan tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendan pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.

Coaming
Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

Knee Brace
Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

Towline / Deckline
Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

Keel
Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel. Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut.

Buoyancy (Bahan Apungan)
Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.

Footrest
Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest. Selain itu ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang mefindungi pedayung dan terhentak atau meogelunsur ke hadapan akibat hentakan atau pelanggaran. Secara umum terdapat tiga jenis footrest iaiut:-
  • Verbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak.
  • Bentuk pasangan pedal yang terletak juga di sisi port dan starboard kayak.
  • Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.

Hatches
Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck. Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.

Diatas adalah nota ringkas mengenai anatomi kayak. Selain itu, anatomi pendayung (paddle) juga penting dan dimasukkan kedalam ujian Star 1 Award. Sila klik disini untuk melihat anatomi pendayung.

20140629

ANATOMI PADDLE (PENDAYUNG)

http://4.bp.blogspot.com/-gFPAXOJKq-Q/U7TThzBNd7I/AAAAAAAAByQ/EBShdajdqo8/s1600/P2.gif
Sila klik pada imej untuk zoom.

Pandayung adalah alatan yang kedua terpenting dalam aktiviti berkayak. Ia berfungsi untuk menggerakkan kayak anda ke semua arah dan juga untuk mempraktikkan teknik-teknik tyang telah anda pelajari.Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukannya. Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada di udara sewaktu berdayung.

Sebagaimana kayak, pendayung juga mempunyai anatominya yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakkan dayungan.


Blade ( Bilah mata dayung )
Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak. Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.

Tip ( Pelindung mata dayung )
Kepingan logam yang beada di hujung mata dayung. Berfungsi melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan. Tidak semua pendayung mempunyai tip.

Shaft/Loom/Bar ( Batang Pendayung )
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck ( Leher Pendayung )
Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring ( Bulatan Getah )

Bahan yang diperbuat daripada getah atau plastik dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung mempunyai drip ring.

Front Of Blade ( Muka Dayung )
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back Of Blade ( Belakang Dayung )
Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.