20170126

Bermalam di hulu Sungai Lepoh

Ini pertama kali saya sampai di sungai Lepoh. Tak rancang pun nak bermalam di sana. Cadangnya nak bercamping di sebuah sungai terpencil yang saya jumpa dalam google map. Tapi tak jumpa jalan. Aplikasi GPS telefon pula tidak tepat lantaran kurangnya line telefon. Semasa mencari line, terjumpa signboard kecil sungai Lepoh. Tak jumpa tali, akar berguna juga. So tukar plan.

Sungai Lepoh didereti dengan pelbagai chalet. Jadi saya pergi menghulu ke atas sehingga berjumpa beberapa pondok kayu. Ianya agak sunyi (mungkin kerana hari bekerja) dan letaknya betul-betul bersebelahan sungai. Apalagi, sangkut hammock dalam pondok, bentang tikar dan terjun sungai.

Tengah sedap berendam, tiba-tiba datang seorang pakcik meminta bayaran sewa pondok. Oh, ada bayaran rupanya. Sehari RM25. Jadi jika nak bermalam beliau kira RM50. Badan pun dah basah, hammock pun dah terikat, jadi bayar sahaja lah. Rezeki pakcik tu. Hehe

Sungai yang tenang mengalir

Nampak ke dasar. Level paras pinggang budak sekolah rendah.

Pondok tua ini masih mampu menampng berat tuan empunya hammock. Hehe

Makan tengahari, nasi briani kambing Brahmin. Makan dengan cili padi. Pergh..

Botol mineral + headlamp = lampu camping

Makan malam, sup kambing Adabi (kambing lagi). Cicah roti.. marvelous 

Pagi disahut bunyi air sungai di selang-seli ngauman motor penduduk kampung

Sungainya sejuk. Ikan-ikan kecil akan berkerumun bila kita mencecahkan kaki ke dalam sungai. Cuma waktu tengahari memang panas sebab tiada pokok yang menaungi pondok. Lokasi ini agak dekat dengan jalan raya.namun tak banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut. 

Mengikut kata orang di sana, hari Sabtu dan Ahad penuh dengan pengunjung. Sangat sesuai untuk berkelah dengan famili ataupun sekadar bersantai. Cuma tidak terlalu natural kerana dekat dengan perumahan, chalet dan jalan raya. Saya tak pasti akan datang semula atau tidak. RM50 tu semalam.. Biarlah masa menentukan.

     

16 comments:

  1. 1st time aku dengar tempat ni bro. Cer bagi map sikit

    ReplyDelete
  2. wah..RM50. Sama harga chalet murah kat raub ni bro. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipulah chalet rm50. Mana dapat harga camtu skrg

      Delete
    2. Tu la. Kalau chalet paling kurang pun ada kipas dengan katil. Tapi hammock lagi selesa dari katil sebenarnya ;)

      Delete
    3. @Mohd_Rizki: Adalah. Tapi kemudahan asas je yg disediakan spt toilet, kipas dan tilam

      @Ohsem Kayak: Saya lagi suke tido atas katil. Lebih-lebih lagi yang empuk. Kalau le camping boleh bawak katil, dah lama saya bawak. Huhu

      Delete
  3. Cari puteri bunian ka sorg2? Introduce me 1 puteri bunian if you found one. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pontianak ada la.. You mau ke Lee Burn?

      Delete
  4. Kita geng sebab suka makan kambing. Keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. Meh kita buat kelab pencinta kambing

      Delete
  5. Sungai lepoh ni dekat dgn gng Nuangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Dekat la juga. Jumpa tempat ni pun secara tak sengaja

      Delete
  6. Sini ada toilet ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jalan sikit pergi rumah tuan tanah. Dia ada toilet kat luar rumah

      Delete
  7. JOM JOIN THIS OUTDOOR EVENT (HIKE FOR HAPPINESS) ON MARCH 2017. ALL ARE WELCOME. MORE DETAILS CLICK:
    https://event.howei.com/event/hike-happiness-carnival-2017

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sahabat. Ada tak no phone pakcik tu? Teringin juga merasai suasana macam ini.

    Salam perkenalan dari JB.

    ReplyDelete